RearViewMirror on Pearl Jam
"Tiba-tiba Malaysia meminati Pearl Jam kerana Last Kiss… hehe."
Ayat yg boleh membuat aku tergelak gila dalam ROTTW keluaran bulan Ogos 2006 (thanks, Nadia!). Ahem, ini sebenarnya isu KEEMPAT majalah ni yg aku beli, sejak terbitan pertamanya 10 tahun dulu. (Dah 10 tahun!!! ingat2 lupa, tp isu pertama yg aku beli ada Kurt Cobain, dan juga isu di mana Metallica keluarkan album terbaru mereka- Load, dengan imej baru berambut pendek). Masa tu, kira majalah mahal la sebab aku kan student masa tu, mana ada duit sangat nak beli benda2 luxury camni. Btw, ini majalah ketiga so far yg aku beli, ada PJ di muka depan. Majalah pertama ialah SPIN (entah isu tahun berapa, aku beli masa buat degree dulu, akhirnya aku jual dengan apek old newspaper masa pindah rumah dua tahun lepas, selepas lebih kurang 8 tahun dalam simpanan. Rasa menyesal pulak). :-( Then, majalah Utopia keluaran 15 Mei 2006 tapi citer pasal PJ cuma 2 mukasurat aje.
Ahah! Well said, well said. Lagu tu juga mungkin lagu pertama PJ yg selalu diputarkan di radio Malaya, tp reaksi pertama aku apabila mendengar lagu nih, ialah ‘wtf happened to Eddie Vedder? Buang tebiat ke?’ (no offense to that remake, aku sendiri rasa nak meleleh pada line ‘I held her close, I kissed her our last kiss’) Dan kemudian muncul lagi satu remake lagu slow iaitu ‘Soldier of Love’ untuk kompilasi No Boundaries. Well, jem makcik Pearl muncul lagi dengan album terbaru mereka. (Nota: Lepaih baca ROTTW ni baru aku tau itu sebenornya lawak menipu Eddie Vedder, hapa la!)
Love at first byte
Aku start follow kumpulan2 grunge Seattle sejak lepas SPM, sebelum ke ITM (around 1994). Kira sebagai satu luahan rasa tak puas hati sebab terpaksa mengambil kursus yg paling2 aku tak gemar- Accountancy. Aku jadi rebel gila. Bermula dengan Nirvana, (yg aku kenali drp siri TV Life Goes On- merupakan salah satu kumpulan kegemaran watak Jesse McKenna yg menghidap AIDS, lakonan Chad Lowe.) yang ironinya, aku suka selepas Kurt Cobain membunuh diri. Rasa tak puas dengan album Nevermind, aku start venture ke kumpulan2 lain dari genre yg sama, antaranya Soundgarden, Stone Temple Pilots, Alice In Chains dan Pearl Jam. Aku start dengan album Vs, and the rest is history.
Album baru (Avocado album)
Honestly, aku berenti mendengar PJ lepas album No Code (or is it Yield, I can’t remember). Lagu2 dr album terbaru ni, bukan le nak kata tak sedap, tapi aku lebih gemar material2 lama PJ, iaitu masa album Ten, Vs dan Vitalogy. As for the new album, mungkin kena dengar berulang kali, baru boleh dapat feel kot, atau mungkin aku dah terlalu tua untuk mendengar muzik dari genre ni. Hmm.. tak tau la makcik.
Track2 terbaik Pearl Jam pilihan aku (in no particular order):
RearViewMirror (album Vs) Aku suka gila riff gitar masa intro dan masa bridge – “I couldn't breathe, holdin' me down, hand on my face, pushed to the ground. Enmity gauged, united by fear. Forced to endure what i could not forgive...”
Jeremy (album Ten)
Bosan dengan sekolah dan ibu bapanya yang sentiasa sibuk, akhirnya Jeremy meletup. (sampai sekarang aku masih memikirkan terjemahan liriknya- “clearly I remember, pickin' on the boy. Seemed a harmless little fuck. But we unleashed a lion, gnashed his teeth and bit the recess lady's breast". Dia menggigit buah dada makcik kantin?
Black (album Vs)
Huhu.. syahdu. Teringat kat seseorang apabila mendengar bait “I know someday you’ll have a beautiful life, I know you’ll be a star. In somebody else’s sky. Why? Why? Why can’t it be mine…?”
Go (album Vs)
Sedap didengar ketika tension apabila kerja2 melambak. “Please, Don’t go on me.”
Once (album Ten)
No, no. Ini bukan mamat yang nyanyi lagu Dealova tu.
State of Love and Trust (soundtrack filem Singles (1992))
Korusnya dan na na na na na na na na na!
Animal (album Vs)
Kekadang ada betulnya – “I’d rather be with an animal”, sebab binatang tak tau ngumpat, tak tau mengata, dan tak reti menikam dari belakang.
Hail Hail (album No Code)
Salah satu lagu yang agak sukar mengagak apa benda biji butir yang nak disampaikan oleh Vedder – “I sometimes realize i could only be as good as you'll let me. Are you woman enough to be my man? Bandaged hand in hand.”
Alive (album Ten)
Pernah tengok sticker logo PJ yg ada gambar orang lidi dengan tangan di hala ke atas? Ini le lagu pertama yg terlintas dalam kepala otak aku setiap kali ternampak sticker tu.
Lain2 track yg aku suka, tapi malas la pulak nak elaborate sebab dan musababnya:
Daughter (Vs)
Blood (Vs)
Better Man (Vitalogy)
Even Flow (Ten) – 'thoughts arrived like butterfly…'
Notakaki 1 : Baru sekarang aku tau gambar kat cover album Vs tu gambar unta (sila baca komen Neves Pretty Ugly tentang PJ). Selama ni aku ingatkan gambar singa, hehe.
Notakaki 2 : Aku suka ROTTW yang baru ni. Nampak lebih kemas, kertasnya pun bermutu, dan padat dengan cerita2 untuk semua peminat rock, tak kira dari apa genre sekalipun. Notakaki 3 : Ada contest, tp malas nak masuk sebab aku dah ada CD tu. Sekarang ni aku tengah layan album terbaru Keane (The Iron Sea), Muse (Black Holes and Revelations) dan Teddy Geiger (Underage Thinking). Hola!
Labels: Music, Printed Materials