:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Sunday, July 02, 2006
  Prison Break - Season Finale

*spoilers alert !*

Akhirnya. Lepas lebih sebulan menunggu, aku berjaya juga mengkhatamkan siri TV terhangat di pasaran ni. Memang *toot*, sebab walaupun musim pertama sudah berakhir, namun kita masih ditinggalkan tergantung di Episod 22 ini, di mana Scofield dan Team Escarpara berjaya juga melepasi dinding Penjara Fox River dan sedang melarikan diri drp polis. Diibaratkan seperti sedang asyik berdayung ditengah2 lautan, tiba2 terpaksa memberhentikan pelayaran di tengah jalan. How would you feel? Shitty, ain’t it ?

So, apa cerit dengan Team Escarpara ?

Setelah bertungkus lumus melepasi segala halangan, serta tercedera di beberapa kawasan (termasuk sebahagian drp tattoo-nya yg seksi tu akibat melecur), akhirnya Michael berjaya ke infirmari, di mana mereka akan meloloskan diri drp bilik tersebut. Kini, Team Escarpara suda ada 9 orang, T-Bag (masih dgn t-shirt putih ketatnya itu), Lincoln (abang Michael), John Abruzzi (ya, sejak keluar dr hospital akibat dikelar oleh T-Bag, beliau menjadi semakin creepy), Sucre (cellmate Michael), Manche (sepupu Sucre yg sama2 menolong Michael dan gengnya), C-Note, Charles Westmoreland (yang menyembunyikan kecederaannya akibat satu pergelutan dengan Bellick yg kini menjadi penyumbat lubang yg telah di gali di bilik rehat CO tu) dan budak klon Vanilla Ice, Tweener. Di tengah perjalanan, mereka diugut oleh seorang lagi ‘ahli’ yg mahu sama2 melarikan diri, iaitu Haywire (yg telah mengetahui rancangan Michael ketika beliau dimasukkan ke psyche ward sedikit masa dulu).

Click image for more stories and more pics! From JustJared.com
The best threesome. Ever. (Episode cap from JustJared.com)

Huh? Apa jadi dengan Sara Tancredi ?

Sara menghadapi dilema, kerana Michael telah memberitahunya tentang rancangannya untuk melarikan abangnya dr penjara, dan meminta bantuan beliau agar ‘terlupa’ mengunci pintu infirmary. Sara serba salah, tetapi setelah mengetahui pakatan antara bapanya, Gabenor Frank Tancredi, dengan Naib Presiden Reynolds, beliau akur dengan permintaan Michael. Dengan perasaan bersalah dan frust, beliau telah mengambil morfin berlebihan dan nampak gayanya mcm dah mati akibat overdose…(or not?).

Bagaimana pula dengan Veronica dan Nick Savrinn?

Nick sebenarnya telah diugut oleh Abruzzi untuk menyerahkan Veronica kpdnya, sebagai ganti kepada nyawa bapanya (sebagai ‘insurance’ kata Abruzzi). Nampak gayanya memang membara betul dendam Abruzzi kepada Fibonacci. Dengan berat, Nick melepaskan juga Veronica serta mengarahkan beliau utk ke Blackfoot, Montana dan berdepan dengan Terrence Steadman, abang VP Reynolds yg dikatakan telah dibunuh oleh Lincoln). Namun, nasib Nick agak malang….

Funniest bits


Gelagat Sucre ketika mahu menghidupkan enjin kereta yg dijumpainya. Dan Haywire, yg melarikan diri dengan sebuah basikal budak perempuan ! (siap dengan helmet lagi!). Juga nasib malang T-Bag, yg kini agak sukar jika mahu mengajar kanak2 menghafal sifir 9.

What’s up for the next season?

I can’t wait!!! Click pic for more stories. From JustJared.com
Image from JustJared.com

Labels: ,

 
Comments:
Oi, takde post baru lagi ke pasal Prison Break? Hah? Hah?! Damn Goddamn you!
 
You want more, meh? Ada, ada lagi..


btw, really love that hair, man. Really brings out the colour of your eyes...
 
butang update blogger ko dh rosak ke?
 
Aku di sini, dude. Di tempat mereka2 yang sukakan Prison Break. Dan yg boleh melayan minat kami tanpa ada gangguan drp non-fans atau mereka yg tak pernah menonton siri TV ini. Sekian terima kasih.

http://prisonbreakforum.com/index.php
 
u mean u're in FreakTown?

ooopps..
 
Edd, bak kata Michael Scofield, "Whatever you say, boss."
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites