Roses Among the (Prettier) Thorns
Enuff with the pretty boys (for now), and lets meet the two leading ladies of Prison Break.
Dr Sara Tancredi (Sarah Wayne Callies)
Anak kedua Gabenor Illinois, Frank Tancredi. Bercita2 untuk menjadi seorang doktor sejak kecil lagi. Walaubagaimana pun, beliau ketagihan morfin ketika menjadi seorang doktor di sebuah hospital, dan selalu mencuri bekalan morfin ketika bertugas di situ. Walaupun tak berapa rapat dengan bapanya, Gabenor Tancredi seringkali terpaksa menggunakan kuasanya utk menjamin beliau serta ex2-bfnya dari penjara.
Tiga tahun lepas, Sara terserempak dengan sebuah kemalangan yang melibatkan seorang budak tetapi disebabkan beliau berada di bawah pengaruh dadah, beliau tidak dapat menyelamatkan nyawa kanak2 tersebut. Itulah turning point dalam hidup Sara. Ketika menghadiri satu terapi kumpulan, beliau terjumpa dgn Brad Bellick, yang memberitahu ttg satu kekosongan untuk jawatan doktor di Penjara Fox River.
Babak terbaik (setakat ini) : Hari lahir Sara. Dan ketika terperangkap dalam infirmary dalam episod Riot, Drills and the Devil. Dan THAT KISS!!! (hmmm…I just hoped that 8tv doesn’t snip it).
Veronica Donovan (Robin Tunney)
Seorang peguam hartanah, Veronica merupakan teman rapat Lincoln Burrows dan Michael Scofield sejak dari kecil lagi. Pernah menjadi teman wanita Lincoln semasa di sekolah menengah. Sejak mengetahui yang Lincoln tidak bersalah, beliau sedaya upaya mencuba untuk mencari jalan menyelamatkannya, walaupun tanpa latarbelakang yang relevan. Dengan bantuan Nick Savrinn, mereka cuba membongkar skandal dan konspirasi yang melibatkan pembunuhan Terrence Steadman, sekaligus membuktikan bahawa Lincoln tidak bersalah.
Babak terbaik (setakat ini) : Ketika menyelamatkan diri drp Quinn, agen psiko yg ditugaskan untuk mengorek rahsia mereka.
Credit photos : prisonbreak.fan-sites.org
PS: Buat masa sekarang, my blog boleh jadi your one-stop information centre on all things Prison Break. Any questions? You know what to do. (I'll make it quick and painless).
Labels: Prison Break, Wentworth Miller