Life As I See It...
A few snippets on my life during these few days…
Tahniah to my brother Azli, who managed to hantam aku in SPM, by scoring 9A’s and 1B. Tahniah, tahniah. Mcm Onn juga, aku tabik sbb ko berjaya score B utk Add Math, sedangkan aku cuma berjaya dapat C6 sahaja (nasib baik tak kantoi). Itu pun setelah berhempas pulas gi tuition dan meniru kerja rumah Lin (hehe, ingat tak Lin, dtg2 kelas jek aku photostate kau punya homework Mr Teng tu ?)
Aku dgr mak aku kata dia nak further studies dalam bidang Sains Sukan (he’s athletic and good in drawing manga) and not conventional courses mcm kakak2 and abang2 dia dah ambik mcm Accountancy (Aku-Along), Business (Angah), IT-turned teacher (Wan), IT - Master/PhD- first in the family (Azraai), Biochemistry (yg ni aku harap dapat terus di jalan yg betul, Insya Allah - Azrani), Architecture-turned teacher (Azri) and bakal chef of the family (Khairi). The last one- Cik Lebah, baru masuk Form Four, dan dgr khabar, dah mengadu agak susah (dia masuk science stream).
Alhamdulillah. Takde yg lebih menggembirakan aku selain melihat adik2 aku berjaya. Teruskan. Keep our flags flying! And also as a reminder for Ikmal agar mengikuti jejak langkah mereka yg berjaya dalam hidup. Di dunia dan akhirat sama.
Game Show Terbaik !/ ?
Tahniah to Kunci Khazanah sbb dapat Anugerah Game Show Terbaik Anugerah Sri Angkasa ! btw, just wanna share with you guys ttg apa yg aku dapat last year (KK musim kedua).
4WD Ssangyong Musso – Unlike Rexton or Stavic, this model tersangat la jarang dijumpai di Malaysia, and the value is very low. Dipendekkan citer, we agreed on RM50k cash from the dealer. :-( sedih, tapi nak buek camno, rezeki dah banyak tu aje…Aku dump semua dlm ASB.
Hadiah RM10-15 ribu
(Actually, aku pun mcm nak muntah dgr), consists of a 4D 3N trip for 6 to Pulau Redang. Wtf? For that same amount of $$$, aku boleh furnish my whole house with Ikea furnitures!! Takpelah, rezeki. Oh ya, lepas bukak tender dan takde sapa yg berminat, aku bagi aje FOC voucher percutian ni pd Kak Zarida (fellow contestant yg aku kenal masa rakaman KK dulu). Seronok juga dia bawak anak2nya makan angin…
Hadiah RM3-5 ribu
Baucer barangan kulit Alfio Raldo. I gave RM2k to my sister as a wedding gift. The rest, aku guna utk redeem belts and wallets dan bagi2 to my family and my in laws. Alhamdulillah, semua dapat rasa.
Cash approx RM1,700
Aku beli PC dan mesin basuh automatik.
Random Ikmal stuffs
Hari tuh aku cadang2 nak masak kalian goreng ikan masin, tapi bukak2 fridge jek, aku tgk sayur dah beku (aku letak dlm crisper). Pelik juga. Habih, kacang panjang pun beku. Sekali aku check, la… si kecik tu pegi adjust temperature to Maximum. Hampeh.
Ada satu hari tu, MIL bagitau, cucu makcik jiran sebelah bertanya, “MakCik, Ikmal tu cakap omputeh ngan German ke kat rumah ?” “Tak”, aku jawab. “Dia cakap bahasa Klingon jek. Fluent pulak tu”
Labels: Family, Ikmal, Personal, TVgasm