:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Friday, August 12, 2005
  I NEED SOMETHING WICKED !!!! NOW !!!!!
Image hosted by Photobucket.com

Tanda-Tanda Anda Seorang Peminat Fanatik Harry Potter


1. Anda memiliki kesemua buku dalam siri HP dan telah membacanya 2-3 kali.

2. Bila ikon ‘New Mail Received’ muncul di skrin PC, anda terus berlari membuka tingkap dan mencari-cari burung hantu.

3. Setiap kali singgah di Pets Wonderland, anda kerap bertanyakan kepada salesman bila bekalan burung hantu akan tiba.

4. Apabila masuk ke dalam rumah, anda menjerit Lumos!, dengan harapan lampu akan menyala sendiri.

5. Secara senyap2, anda berlatih menyebut jampi2 HP dengan pitching yg betul, contohnya Wingardium Levi’O’sa!

6. Setiap kali bertemu kawan baru, anda mengkelaskan karakter mereka mengikut rumah2 Hogwarts iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Slytherin atau Ravenclaw.

7. Anda berasa kesal kerana ibu bapa muggle anda tidak pernah mencuba untuk mendaftarkan anda ke Hogwarts, sebaliknya menyuruh anda mengambil kursus perakaunan yg membosankan tuh.

8. Anda telah beberapa kali diberi amaran oleh pakcik penjaga LRT kerana cuba melanggar dinding platform tren, konon2nya, Platform 9 ¾.

9. Vacuum cleaner anda sudah berhabuk di dalam stor, kerana anda lebih suka menggunakan penyapu.

10. Anda menjerit ketika bercakap di ‘fellytone’.

11. Anda pernah mencuba mengetuk batu bata di dinding ofis, dengan harapan ia akan menunjukkan jalan ke Diagon Alley.

12. Anda suka menggunakan perkataan ‘wicked’ kerana ia perkataan kegemaran Rupert Grint.

13. Anda dah dua tahun tak membeli surat khabar kerana gambarnya tak boleh bergerak2 mcm The Daily Prophet.

14. Anda jadi excited gila bila terdengar perkataan2 dr siri HP dalam perbualan org lain, dan terasa sgt teruja untuk menyampuk.

15. Anda mengklasifikasikan sesiapa yg tak minat HP sebagai Mudblooded Muggle.

16. Anda tahu bahawa hari lahir Harry ialah 31 Julai 1980, Hermione – 19 September, 1979 dan Ron 1 Mac 1980, walaupun kat dlm buku takde mention pun.

17. Anda namakan kucing anda Harry dan Draco, ikan emas anda Ron dan paksa boyfriend anda bela seekor hamster yg anda sendiri namakan Scabbers.

18. Anda sanggup cari DVD The Tailor of Panama semata2 sbb nak tgk Daniel Radcliffe, walupun anda mmg tak suka ngan si Pierce Brosnan tuh.

19. Anda paksa suami anda membina sebuah pendiang api di rumah, walaupun Malaysia ni panas sepanjang tahun, dgn alasan – Ala, nanti senang la nak ke mana2, guna Floo powder jek…

20. Anda bahasakan Lord Voldemort sebagai You Know Who, dan org lain kata anda mencarut.

21. Apabila berkunjung ke Zoo Negara, anda secara diam2 cuba berkomunikasi dengan ular sawa Burma yg tgh syok melingkar dalam sangkar.

22. Anda tukar bingkai frameless spek anda dgn frame berbentuk bulat, walaupun bentuk muka anda mmg tak sesuwai langsung pakai spek bulat.

23. Anda sanggup membeli kamus Webster edisi terbaru semata-mata sbb mereka dah masukkan ‘muggle’ sebagai perkataan baru.

24. Anda malas nak join kelab2 sukan di sekolah atau kolej dengan alasan mereka tiada kelab Quidditch.

25. Ringtone handphone Nokia 3210 anda masih lagi tema filem Harry Potter.

26. Masa anda banyak dihabiskan di website2 HP, seperti Mugglenet.com, dan anda sering meninggalkan komen2 di message board nya.

27. Anda asyik menjenguk ke langit KL yg berjerubu ni, bukan nak agak berapa API, tapi mengintai kalau2 ada Dementors yg terlepas dr Azkaban.

28. Setiap kali berkunjung ke Chocolatier, anda pasti bertanyakan ttg Chocolate Frog.

29. Anda pernah melukis parut di dahi menggunakan celak mekah ketika berada sengsorang di rumah.

30. Anda menitiskan air mata apabila buku HP terbaru dah ada dalam genggaman anda setelah 2-3 bulan mengumpul duit gaji untuk membelinya !

(Ideas from Mugglenet.com dgn perencah extra MamaIkmal)

Labels: ,

 
Comments:
aaaa!!! cantiknye gambar tu!! hehehehe...tapi tak sempat baca lagi la zack...satgi aku baca. heheheh.. ;P
 
6. Setiap kali bertemu kawan baru, anda mengkelaskan karakter mereka mengikut rumah2 Hogwarts iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Slytherin atau Ravenclaw.

- waahhh this is a good way untuk mengklaskan kengkawan...

8. Anda telah beberapa kali diberi amaran oleh pakcik penjaga LRT kerana cuba melanggar dinding platform tren, konon2nya, Platform 9 ¾.

- waaaarrgghahhhahhahahahahahahahaha..

* errkk, isteri saya telah menghabiskan buku baru sebanyak 2 kali dan sedang membaca buat kali ke-3. Walaupun dia hanya ada 1 kriteria tapi rasanya dah fanatik abih dah tuh...tapi kalo dia start berlari² carik burung hantu, tuh dah sampai le masanya untuk amik nimbus 2000 kat umah tuh untuk ketuk kepala dia...
 
Scabbers, kalau tak lawa, aku tak letak sini, hehe. Selamat membaca!

En Truth Seeker, Welcome!
Agak2 deme ni rumah mana? Saya nih rasanya Gryffindor with a touch of Slytherin. Isy, tak baik la ketuk kepala dia. Sian la. Ada baiknya awak ambik Nimbus 2000 tu, dan tolong dia sapu laman depan rumah tu. ;-)
 
Weiii Zack...lawak aaa... esp no. 8 tu.. ekekeke.. aku takde la fanatik sgt..pasal aku cuma ada no. 1, 5, 6, 13, 14 aje. ahahaha..

Dah baca latest buku blom? Kazen aku baru beli. Tak sabarnye nak baca!! I cried reading the 5th. hahahaha..!!

ok la. nak balik muo for the weekend. chow!
 
Blum lagi, aku baru sewa Da Vinci Code. Nak habiskan baca tuh dulu.

Ko balik Muo bebaik. Kem salam kat mamat jaga tol Tangkak tu, ye.
 
zack,

to the truth,aku tak tahu kenapa aku tak sefanatik org lain bila comes to HP ni.kalau star wars tu jgn citer ah!.

aku lepas tgk HP siri 2 tu aku dah kecewa sket,langsung tak nak tgk the rest.

yg prisoner of azkaban tu gerek tak?.

aku nie kawan ko kelas mana?.griffindoor ker?.
 
HP kedua, mcm LOTR kedua (TTT) tu, mmg disappointing bagi sesetengah org. Tapi pada aku, okay jek.

HP ketiga lebih dark dan tak terikat sgt dgn buku, mungkin sbb dapat sentuhan Alfonso Cuaron (Chris Colombus direct the first two- bulat2 mcm dalam buku!).

Kau ni, mungkin kelas Ravenclaw kot, with a touch of Slytherin, hehe.. tapi kalo ko pandai bargain ngan Sorting Hat tu, mungkin kau boleh join Gryffindor. ;-)
 
maka bertemulah dengan seorang manusia yang merasakan perkataan Muggle, Platform 9 3/4, Floo Network, sebagai terma-terma rasmi dalam penggunaaan kehidupan..

Hi Zack.. good to hear from you! Hehehe.. I pun peminat HP jugak.. sangat-sangat.. check out this posting I have, and you'll see what I mean..

http://missunderstoodme2.blogspot.com/

also try to scroll down to February postings.. you'll see Platform 9 3/4 at King's Cross, Gringgot's, and London Bridge.. ehhee.. (Jejak Harry Potter Siri 1).. THEN.. tell me, scene mana dalam movie yang berpadanan dengan shoots nih... (was thinking going to the Premiere of HP 4 in November to get a glimpse of Dan, Emma, Rupert etc ehehe...)

Sekarang ni cuma review buku 6 aje belum buat.. sebab tak cukup masa dan tak cukup suasana nak mencurahkan segala perasaan dan isi hati yang tersentuh sepanjang pembacaan..
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites