:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Friday, July 29, 2005
  Tooth Fairy? Mana Ada...
Semalam, masa tgh mengemaskini beg doremon aku tuh, tiba2 terjumpa satu benda yg amat familiar. Aisey, camne aku boleh terlupa pulak nak dispose benda alah tu. Apa dia ek? Apa lagi, kalau bukan gigi keramat aku yg dicabut hari tuh. (Ye, ye, aku boleh dgr, yucks, gross, disgusting drp korang). Aku ingat aku bungkus dgn kain kuning, eh, bukan, kertas tisu kuning, dan selitkan bersama2 painkillers yg tak habis makan hari tuh.

Image hosted by Photobucket.com
(Gambar hiasan. Takde kena mengena ngan gigi sebenar)

Kalau masa kecik2 dulu, ayah aku selalu suruh buang gigi kat atas bumbung rumah. Katanya, kalau dah besar nanti, boleh kerja tinggi2. Aku yg masa tu baru rongak, mengiyakan aje, dan lambungkan gigi susu tuh ke atas bumbung, dan dalam hati berfikir, Ya Allah, aku nak jadi angkasawan…Amin..

Tapi.
Itu dulu.


Tak tau apa ke he nya, something wrong somewhere. Aku berjaya juga kerja tinggi2. Audit firm lama aku 4 tingkat, syarikat perkapalan antarabangsa tersohor kat Subang tempat aku temp 6 bulan tu pun kat Tingkat 13 (oh, teringat aku kat boss lama yg kacak ngan baju petak2, si Carsten budak Denmark tuh..). Dan sekarang.. ofis aku kat Tingkat 12.

Alhamdulillah..memang tercapai cita2 aku...

Labels:

 
Wednesday, July 27, 2005
  Kisah Dua Alumni Yg Terkadang Hilang Skru...
Aku - Tgh serabut sbb nak cari helper. Budak account.
Dia - Salah sorang junior yg senior masa kat UiTM dulu. Orgnya sempoi dan sporting habis! Budak mass-comm.

Semuanya pasal beg Siti nih...

Image hosted by Photobucket.com
(Sapa berminat ckp kat aku, RM250 jek)

Dia : Macam tak suka aje..bagak semacam. Ke pasal aku tak suka Siti..wakka..ka
Aku : Aisey, kak, kalo ko tgk beg yg aku bawak gi kerja, lagi bagak gitu, suma2 benda ada kat dalam, mcm kocek Doraemon. Kekadang, buku Harry Potter yg tebal tu pun ada ..
Dia : So kira beg tu small matterla bagi kau..satu soalan kat kau..kau bawak beg guni ke? Wakka..ka
Aku : Ha'ah, gila aku tak sempat nak dispose kepala mamat yg aku bunuh hari tu.. terpaksa la aku usung ke sana ke mari dalam beg besar... naik monorel susah skit la, sbb minah sebelah asyik kenen2 jek tgk darah menitik kena kasut mahal dia tuh...wakakakk jugak..
Dia : Well tentu comel kepala mamat tu dalam guni..wakkakka
Aku : Takdelah, biasa2 jek. Gondol. Mcm budak yg nama dia bunyi mcm 'sawi' tuh...
Dia : Apasal dia pernah kecewakan kau ke?. Tak sangka ada affair…
Aku : Aah malas la aku nak layan kau ni kak. Tak pepasal minggu depan org afundi aku pulak...
sori la, dr tadi aku asyik dok senyum sengsorang, nanti org tegur, malu siot.
Dia : Tau tak pe.. ;p
Aku : Kak, mcm menarik je kita sembang2 nih. Aku nak masukkan kat blog aku la..
Dia : Tak habis-habis dengan blog kau..well kalau nak masuk gak tak salah. Polis trafik tak pernah nak saman pun. Janji world..

Labels:

 
Monday, July 25, 2005
  Tunjuk Ajarku Sifu !
Majalah Forbes Julai 2005, menyenaraikan 100 personaliti yg paling berpengaruh (dan kaya). Sila klik di sini untuk the full list http://www.forbes.com/celebrity100/

Dan sejak itulah, aku dah ada role model baru, at least dalam bidang kegemaran aku.

Image hosted by Photobucket.com
Ken Jennings

Kenapa aku suka sgt2 kat dia? Tengoklah sendiri…

http://en.wikipedia.org/wiki/Ken_Jennings

Labels:

 
  Cheese - milk's leap toward immortality.
Dalam The Apprentice semalam, para peserta dikehendaki mencipta sejenis pizza untuk Domino’s…dan si mulut cabul, Chris, menabur parmesan parut ke atas doh yg penuh dengan pepperoni…

Pizza Hut telah mengeluarkan pizza terbaru untuk penggemar keju, dengan limpahan mozzarella, cheddar dan parmesan…aaahhh menonton iklannya saja memberi aku (visual) orgasm….

Image hosted by Photobucket.com
(Aku nak itu, aku nak itu !)

Ahhh… kenapa kau semua taunt aku!
Aku, sekarang, tgh kemaruk keju…tapi takde geng nak makan pizza…
(anak aku kecik lagi dan Abah Ikmal tak berapa gemar keju)
Jadi, lunch hour hari ni, aku makan separuh bungkus
Keropok cincin perisa keju
(yg dpt free penanda buku Batman)
dan sup Campbell segera perisa cendawan keju
cicah roti bertopping-kan keju parut…

oh ya, btw, quote kat atas tuh ialah drp Clifton Paul Fadiman.
 
  Wet Dreams (For Nerds) Are Made Of These..
The Hollywood Reporter has released the news that legend-in-his-own-time auteur Quentin Tarantino has signed on to write and direct the season finale episode of CSI: Crime Scene Investigation. The 5th season closer is expected to shoot in early April and air on May 19, 2005 according to series creator/executive producer Anthony Zuiker. (Will be shown on AXN on 27/7).

Wo!

Image hosted by Photobucket.com

QT + CSI = Mimpi Basah Aku (Vol. IV).

Labels:

 
  DEB ? Atau DEB(ts) ?
Menurut Keng Yaik, disebabkan ia akan menjadi agenda nasional, beliau meminta semua pihak mengelakkan daripada wujud salah tanggapan yang boleh membawa kepada pertelingkahan kaum.

"Bagaimanapun saya meminta pemimpin-pemimpin Melayu agar mengkaji punca kegagalan pencapaian 30 peratus pemilikan ekuiti setelah diperkenalkan selama 30 tahun."

"Langkah memperkenalkan semula DEB tidak akan menjamin kejayaan jika kajian itu tidak dilaksanakan,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Selangor 2005 di sini, hari ini.

Source : Utusan Online

Aku setuju benar ngan cadangan LKY ni.
Do some post mortems, duhai the powers that be,
Sebab most Melayus yg aku amati
Bila dah berjaya (mostly sebab subsidi atau AP)
Sibuk tambah kereta, tambah bini…
Please
Follow our fellow Sepet counterparts
Duit berjuta, tapi taklah sibuk bergaya sangat.

Aku ~ selalu juga encounter apek2 bersinglet masukkan duit enam angka kat kaunter bank rimau kat sini.

Labels:

 
Friday, July 22, 2005
  Jangan Lupa Beli Kuaci Cap Monyet Bertanda Halal
Tonight is THE night…

http://mamaikmal.blogspot.com/2005/05/mama-ikmal-on-cable-tv.html

Feel free to drop ur two sen…

Labels:

 
  Bawalah Aku Ke Alam Roh Dengan Trueno AE86 Kau Tu..
Image hosted by Photobucket.com
Sen to Chihiro no kamikakushi (2001)

One word – Excellent!!! Aku bagi A+ !
Filem yg pastinya akan aku ulang tonton berkali2.

In a nutshell : Chihiro, sorang budak perempuan yg dalam perjalanan berpindah ke rumah baru bersama2 ibu bapanya telah tersesat di satu tempat yg mistik. Apabila kedua2 ibu bapanya telah ditukar menjadi babi, Chihiro terpaksa menyelamatkan dirinya daripada menerima nasib yg sama. Bertemankan rakan2 baru di alam hantu itu, Chihiro menempuh pelbagai cabaran sebelum berjaya pulang ke alam nyata.

Hayao Miyazaki mmg genius. Aku pasti, macam aku, kau akan terpaku depan TV from start to finish. Takde satu scene pun yg membosankan. Kau juga akan berasa seolah2 berada bersama2 Chihiro di alam tu. Tak tipu! Tell me, (for those yg dah tgk), berapa ramai yg actually tahan nafas sewaktu Chihiro dan Haku mula2 melintas jambatan ke rumah mandi hantu tu?

Brilliant !
My rating : *****/*****
Further watching : Animes under Studio Ghibli. Aku baru beli Millenium Actress yesterday (one of Satoshi Kon’s work).

Lengchais and Fast Cars

Image hosted by Photobucket.com
Tau Man Chi D (2005)

In a nutshell : Setelah 5 tahun menolong bapanya menghantar tofu melalui jalan2 Gunung Akina yg berliku, Takumi Fujiwara(Jay Chou yg selamba) telah menjadi pemandu yg terrer gila buat drifting (memandu laju di jalan gunung yg bengkang bengkok). Dia telah dicabar oleh dua team utk racing, iaitu team Red Suns dan Team Night Kids EVO.

Hmm..lengchai yg jambu2 (Jay Chou, Edison Chen, Shawn Yue) + fast cars + track hip hop yg menggegar. Mmg formula bagus utk melariskan filem. Aku tak berapa follow manganya, jadi tak berapa familiar sgt jln citernya. Anyway, setelah lebih kurg 6 kali ulang tgk (Ikmal suruh pasang), mmg aku addicted juga la. Maybe this weekend aku nak cari soundtracknya yg ada lagu Jay Chou tu.

Hmm…lawa jugak Toyota Trueno AE86 nih. Sayangnya, dah distop production pada tahun 1987, tapi 3 bijik dibuat khas untuk filem nih.

Scene kelakar : All scenes muntah.
Tensionnya!!!! : Biasa la, DVD cetak rompak. Subtitles mcm $%&$. Aku paham2 sindri jek. (Wah! Begitu cepat.Macam mahu meniduri isteri..- ayat Etsuki- kau bayangkan jelah...)
My rating : ***/*****
Official website :
http://www.initialdthemovie.com

Labels:

 
  Aku = Melayu Glokal
Bukan setakat Global / Lokal
Tapi juga Glojoh / Vokal

Glojoh
Dalam menuntut ilmu
Mengumpul rezeki yg halal
Dan saham utk hari ‘kemudian’

Vokal
Pantang dicabar pasti disahut
(tapi bukannya cabaran2 bodoh, mcm lumba haram misalnya)
Juga bak kata Pak Trump
Stand up for your own self!

Hanya kita yg boleh mengubah nasib kita sendiri, Insya Allah…

Labels:

 
  Sometimes, Life Is Puke And We Are The Buckets..
Kata Ruhayat X (Neohikayat dot blogspot),
kalau kehidupan memberi kau limau (sic) purut, buatlah lemonid.

Image hosted by Photobucket.com

(It's a wonder what a wafer-thin mint can do to us...)

Tapi,
kalau kehidupan memberi kau muntah;
Yg jijik dan loya
(Dengan jagung dan biji lada !)
Kau mau aku buat apa?
Baja ?
Pupur muka ?

Labels:

 
Wednesday, July 20, 2005
  Something For Sleepy-Eyed Number Crunchers
NSFW, though. Be alert !

http://www.i-am-bored.com/bored_link.cfm?link_id=6366
 
Tuesday, July 19, 2005
  Latah Seorang Peminat Fanatik Star Wars
Opocot mak kau Jedi abah kau Sith Lord !

Labels:

 
  Life Lesson # 327
Semalam pagi, aku dapat tau
With a little courage
(And extra moolah)
Any fear can be conquered

Image hosted by Photobucket.com

(Sungguh ku tak mampu.. menahan sakit ah, ah)

Ah what the heck?
After 15 minutes, its all over…
No f*****g pain whatsoever.
Sometimes aku rasa cam irrational jer,
the fear yg aku pendam selama approx. 20 over years
Boleh hilang in a matter of hours…

PS: For those yg masih takut nak gi dentist, aku cuma boleh kata – Just Do It!

YOU and only YOU can make a difference !

Labels:

 
Friday, July 15, 2005
  3 DVD, Sorang Lengchai dan Anaknya
Mula2 ingatkan nak tgk Fantastic Four lunch hour ni. Tapi balik2 fikir, 2 jam. Tak bergerak, kecuali mata dan jantung. Aaahh, baik aku jln2 kat Sg Wang nih..At least boleh cuci mata skit. Tiba di stall DVD (cetak rompak) kegemaran aku, lengchai penjual DVD (LPD) tu melambai…

LPD : Ah kak, lama tak nampak ?
Aku : Ala…aku takde duit la..
LPD : Kak, jgn cakap camtuh. 10 sen pun duit jugak…
Aku : Abih tu, 10 sen boleh beli DVD kau ni ke ?
LPD : Ala.. jgn la mcm tu…(tersengih panjang)

Hmm.. banyak jugak choice hari nih. Best kalau dah kamcheng ngan lengchai nih dan berborak2. Rasa cam Orked pulak. Anyway, si sepet tuh bercerita ttg anaknya (tapo, katanya) yg baru 4 bulan. Tiap2 pagi minta dilayan. Aahh.. aku bagitau dia, “Kau layanlah dia sekali sekala. Jgn asyik suruh Mama dia jek..”

Aku beli tiga citer hari nih – HHGG, Millions (filem Danny Boyle) dan Initial D. Dan selepas mengucapkan ‘mgoi, dlm hati aku berkata, ‘Take care, man’ Yelah, sapa nak jaga anak kau kalau kau ditangkap org KDNHEP ? Aku harap2 tak…

Labels:

 
  Kisah Anjing Yg Boleh Menembak
Well I don't know why I came here tonight,
I got the feeling that something ain't right,
I'm so scared in case I fall off my chair,
And I'm wondering how I'll get down the stairs,
Clowns to the left of me,
Jokers to the right,
Here I am, Stuck in the middle with you.
(Sesapa yg dah tgk, mesti tau signifikannya lagu ni pada filem QT nih…)

Diam tak diam, dah lebih 12 tahun berlalu sejak QT bikin filem nih. Filem yg memberi turning point dalam cara aku menghayati sesuatu filem. Oopps, bukan menghayati, tapi meratah dgn lahap, menghirup segala darah dan menyedut hingga ke sum2 tulang temulangnya !

In a nutshell, filem nih mengisahkan ttg satu rompakan berlian yg dilakukan oleh 6 strangers, dibawah arahan seorg Joe Cabot dan anaknya si Eddie yg Baik Hati. Mereka tak mengenali satu sama lain, cuma dikenali dgn nama2 warna, iaitu En. Putih (Harvey Keitel), En. Merah Jambu (Steve Buscemi), En. Coklat (‘More like Mr. S**t’, kata QT), En. Oren (Tim Roth), En. Rambut Perang (Michael Madsen !!!) dan En Biru (entah, lupa. Tak penting pun). Tujuannya ? Supaya apabila seorang drp mereka ditangkap polis, mereka tidak dpt membuka rahsia identiti yg lain2 tuh. Tapi, kuang3x, mereka tak sedar yg salah seorang drp mereka tuh, undercover cop…

Wo, aku tatau dah berapa kali aku tonton DVD nih. Especially scene memula tuh di diner, sambil menikmati sarapan pagi. Betul2 cool !

Sori, Vovin, aku ambik idea kau. Kalau korang peminat filem QT, ambik le test nih. Pergh, tak sangka aku Mr Blonde. Aku sebenornya nak jadi, at least cam Mr. Pink atau Mr. Orange…tapi takpelah…

Mr. Blonde
Mr. Blonde, congratulations!


Which 'Reservoir Dogs' character are you?
brought to you by
Quizilla


Try la, jgn takut..
Aku takkan hiris telinga kau yg capang tuh...

Labels:

 
  Entah Bila Damai 'Kan Tiba ?
Pagi tadi, aku terlambat lagi
(mcm biasa la…Jumaat pagi)
Hmm, rasa nak mengeluh bila dihimpit dalam monorel
Tapi aku sedapkan hati
Kerana pagi2 ni
Ada anak2 kita yg bersabung nyawa untuk menuntut ilmu
Ada mak2 kita yg merenung nasi lemaknya yg tak laku
Ada abah2 kita yg baru pulang dr laut, ah tangkapan hari ni
Hanya cukup2 nak bagi makan anak dan bini
Bersyukurlah
Kerana masih ada damai di bumi ini
Sekurang2nya di tanah air kita
Kerana di sana
Ada anak2 mereka yg kebulur tak makan
Ada mak2 mereka yg rebah dek mesin-gan
Dan ada abah2 mereka yg disiksa dalam tahanan
Bersyukurlah…

Labels:

 
Thursday, July 14, 2005
  ‘We Cater To Cowards’
Petang ni, aku memberanikan diri berjumpa doktor gigi
(“Bos, aku kuar jap, jumpa dentist”)

Wah, kliniknya cantik dan bersih sekali
Lengkap dgn tv, air-cond dan piped-in music
Dan aku tak tau apa motif diorg pasang VCD Mr Bean
Adakah nak biarkan kau ketawa berdekah2 sementara mereka menggodam gigi2 kau yg tersusun cantik tu?
Gementarnya, almaklumlah, last time aku ada actual ‘date’ ngan dentist ialah long before aku pregnant ngan Ikmal dulu,
Gila kau, Tuhan aje yg tau camne takutnya aku

Rupa2nya sang dentist baik sekali
Wanita Cina yg sangat motherly
Yg berjaya meyakinkan aku
“Don’t worry. You’re in good hands.”
“Trust us.”
(“And show me the MONEY!!” Tak, tak gurau jek..)
Selepas di X Ray, aku buat temujanji
Isnin ini, aku terpaksa menyingkirkan 2 batang gigi
(Sorry gigi, the tribe has spoken)

Mungkin nanti, untuk menyedapkan hati

Aku akan bayangkan yg aku ni salah sorang calon Extreme Makeover
Yg diberi peluang ‘lahir’ sekali lagi
Oh yeah doc, jgn lupa ya,
Aku mau lipo dan tummy tuck juga !

Labels:

 
  Zack, Dentist Tu Bukannya Michael Myers atau Freddy Krueger...
Semalam
Serba tak kena hidup aku
Baring sakit
Meniarap sakit
Cangkung sakit
Duduk sakit
Berdiri sakit
Mengiring sakit
Tak tau posisi apa lagi aku nak cuba
Hmm aku rasa, sakit nak beranak pun tak sesakit nih
Gila…
Cepatlah esok tiba
Aku nak jumpa doktor gigi
Dan tamatkan aku punya agony

Labels:

 
Wednesday, July 13, 2005
  Kau Masih Was2 Nak Jamah Daging Salai Tu ?
Hmm, Wilayah Kutu, atau nama manjanya (pemberian Ruhayat X), ‘Daging Salai’ dah ada dalam tgn, aku beli dr Nizam Zakaria, si Limau Nipis tuh. Hey, kau tipu la... harga buku RM20, kau letak setem seringgit, sampul surat baru 20-30 sen. Mana lagi 70 sen? Cakap ! ;-)

Anyway, buku setebal 171 muka surat ni mengingatkan aku kepada Budget Commentary yg dihantar oleh MIA setiap tahun tuh. Tapi dengan excitement yg jauh berbeza. Jauh. Sebab setiap kali jugak aku jual buku bajet tuh kat Ah Kong old newspaper (“Call gua kat 01*-237***0, gua ada ambil itu old batteries juga,” katanya sambil menghulurkan kertas A4 yg telah dipotong kecik dan bercop namanya). Ini yg leceh sbb Mama dan Abah Ikmal dua2 Chartered Accountants. Buat pe simpan bebanyak? Nak buat hempuk lipas?

Okay, ‘nuff said. Buku ni, akan tetap dalam koleksi aku. Dan disimpan bersama2 Permata Yang Hilang. Di celah Financial Accounting oleh Frank Wood.

Aku habiskan buku nih semasa dlm tren dan sambil menunggu bas. Siapa kata takde masa nak membaca, mmg tak patut la. Oh ya, aku lupa. Camne pulak nak selitkan buku ni kat dalam kocek seluar atau beg tangan kau yg kecik molek tu…

Setelah selesai, aku rasa seperti membaca S**T, yg ditulis oleh 8 orang Shahnon Ahmad yg berbilang bangsa, tetapi 30 tahun lebih muda. Atau ibarat seorang Shahnon Ahmad yang berkepala 8, masing2 dgn kerenah dan buah fikiran tersendiri. Termasuk seorang yg masih makan babi. Hey, aku cuma ibaratkan jek, jgn misquote aku pulak…

Bak kata Pak Abas Astro, macam2 ada.

Ada citer gay, citer artis, citer hantu.
Juga limerik Melayu yg merapu
Ada citer ganas, citer budak high, citer ngilu.

Komen dua sen aku…

Citer yg memberi aku déjà vu
Hangus – Danny Lim
kerana aku pernah berfikiran begitu…
Juga, citer Pintu (Saifulizan Tahir)

Penulis favorit – Ruhayat X
Bos, aku suka kau punya yang pendek, tapi berkesan,
Daripada panjang berjela, tapi membuat aku terpinga2
Lantas berkata, ‘citer menda nih?’

Penulis kuang3x – Nizam Zakaria
“Takde apa-apa, aku cuma nak tanya, kau ni gay ke apa ?”, katanya dengan selamba.

Citer yg membuat aku bertanya – Eh, aku ni, tengah baca Daging Salai ke, baca GQ?
Lupa (Saifullizan Tahir) sebab product placement-nya.

Citer yg boleh diadaptasi menjadi filem arahan Yusuf Haslam
Orang Ketiga oleh Dhojee
Kiran (wataknya, mcm biasa, dipegang oleh Hetty Sarlene) : Tapi, Manjeet, aku cintakan kau… (sambil membuat muka tense..)

Aahhh.. banyak lagi aku nak komen. Nanti la. Kalau ada kesempatan.

Overall, a good attempt by all the contributors.
Namun, aku tak syorkan kalau kau jenis yg sensitive atau mudah tersinggung.

Labels:

 
  Satu Tribute Kepada Bas Feeder
Petang semalam
Aku seperti kembali ke zaman kanak2
Kerana bas feeder tu lambat 40 minit
Dan barisan manusia yg menunggu
Mengalahkan kaunter JPN di hari deadline membuat MyKad
Celaka betul
Mana kelas, mana glamer, nyah…
Dengan court shoes Bonia dan baju kurung sutera Cina ni
Aku bergayut bak monyet sarkas kat pintu bas
Lantas membuat aku berfikir
‘Aku ni kat Malaysia the Bolehland ke, kat Bangladesh?’

Labels:

 
Tuesday, July 12, 2005
  Duit Berjuta Pun Tak Boleh Membeli Perasaan Camni.
Image hosted by Photobucket.com

Kiddie table – RM19.00
Buku kaler – RM1.50
Baju tidur Anakku – RM29.90
Krayon tanpa toksik – RM3.50

Tengok anak aku menulis mcm budak besar – PRICELESS

Labels:

 
  Harga Diesel Turun Lagi
Honestly, aku lebih suka Vin Diesel dalam filem2 aksi ganas, di mana beliau memegang watak anti-hero with an attitude. Contohnya, The Chronicles of Riddick dan prekuelnya, Pitch Black. Macho gila!

Image hosted by Photobucket.com

(Richard B Riddick, Murderer)

Aku pun tak kisah jika dia digandingkan dgn aweks yg equally macho, macam Asia Argento nih.

Image hosted by Photobucket.com

(Fake tattoos, bah, macho ke hapa?)

Tapi, Vin, please, jgn buat lagi filem2 camnih. Hancur !

Image hosted by Photobucket.com

(The Pacifier - Filem Disney tipikal)

Labels:

 
  Halwa Telinga Semasa
Mama Ikmal tgh dgr…

Dead Letters – The Rasmus


"When you sit on a tour bus smelling like hell, telling the worst jokes and still feeling comfortable you know that you're in the right place"Eero (pemain bass), December 2002

Image hosted by Photobucket.com

Band dr Finland nih, pernah adakan gig di sini (kat Planet Hollywood ke Hard Rock café aku tak ingat).
Muziknya, bayangkan mcm Evanescence versi lelaki, terutama Lauri, sang vokalis berimej Goth. Lagu2nya catchy, biasa la.. MTV material.
Lagu2 best : First Day Of My Life, Still Standing, In The Shadows, Guilty, Time To Burn.
Berbaloi ? Yup. Definitely bukan one-hit wonder.

The Offspring – Greatest Hits

Image hosted by Photobucket.com

Sebenarnya, aku tak berapa sure, sampai tahap mana sesuatu band/ artist itu layak mengeluarkan album kompilasi hit terbaik. Atau mungkin strategi sykt rakaman utk mengaut keuntungan demi mengeluarkan single terbaru artis tersebut? Well, tak kisah la. Offspring, sebuah band pop-punk yg aku start follow dari album Smash (yg sarat ngan lagu2 favorit aku- their best work so far). Naper aku suka band ni? Sbb Dexter Holland la! Si vokalis ni ada PhD dalam bidang Molecular Biology dr University of Southern California. Merupakan pelajar terbaik semasa di sekolah menengahnya. Juga mempunyai lesen pilot dan pernah mengelilingi dunia secara solo dalam masa 10 hari. Wow! And yet, he choose to follow his heart and make beautiful music for us…
Lagu2 best : Self Esteem, Gotta Get Away, ah, semua sekali lah!
Kenapa takde ? : Lagu favorit aku – Bad Habit
Berbaloi? Kalau kau peminat Offspring atau baru nak minat, this is the album to get.

Il Divo – Self Titled

Image hosted by Photobucket.com

Selepas The 3 Tenors (Pavarotti, Carrerras dan Domingo) dan The Ten Tenors, kita ada Il Divo (literally means Divine Performers atau Diva2 Jantan). For more info on these pretty boys in tux, go to
http://www.ildivo.com/

Hmmm…lagu2nya mengasyikkan, walaupun ada yg aku tak faham sepatah haram, but hey, u don’t have to know the language to love the music! Sedap didengar ketika sedang bersantai sambil menikmati sekoleh Nescafe panas dan sebuah buku cerita romantik (hehe, itu bukan aku!).
Lagu2 best (so far. Aku baru dgr sekali jek) : The Man You Love dan remake lagu Toni Braxton tuh.
Berbaloi? : Hmm, honestly, aku lebih suka muzik Josh Groban.

Labels:

 
  Tanam Sendiri Lagi Puas Hati
Minggu lepas, aku berkesempatan menonon episod kedua Homegrown. Aku termiss episod pertama sbb menghadiri kenduri doa selamat BIL (sila rujuk post ‘Tell Me Why I Don’t Like Mondays). Sayang sekali, sbb Episod pertama menampilkan Pop Shuvit, band tempatan yg berjaya menembusi pasaran Jepun.

Homegrown merupakan rancangan muzika setengah jam yg akan menampilkan satu band tempatan (sesuai dgn tajuknya- Sindri Tanam di Rumah) Episod kedua nih, up-close dan personal dgn band Seven Collar T-Shirt. Selain live gig drp featured band, kita juga dpt mengenali anggota2 band dgn lebih dekat lagi. Juga memaparkan segment DIY, segmen nasihat dan tips kepada budding musicians, juga tak lupa petua2 /quotable quotes) dari band2/ tokoh2 muzika antarabangsa.

Tak menghampakan. Namun opening montaj-nya (apa eh, org panggil VT? Tak tau le aku) sgt2 mengingatkan aku kepada Alternatif (rancangan muzika lebih kurang cam Homegrown ni, shown on TV3 dulu).

Official website :
http://www.homegrown.com.my

Ehem.. kakak senior aku masa di sekolah menengah yg kini menulis di Berita Harian, dah bertukar imej, heheh. Minggu lepas dia review album baru Audioslave. Best ke? Nanti aku dgr dulu…

Labels:

 
  Reality Bites (and it sucks BIG TIME !)
Mama Ikmal = Reality TV Junky ?
Just nak share beberapa moment dalam reality TV yg menyakitkan hati.

Survivor (All-Star)
Bila Lex (peserta Survivor favorit aku setakat ini) ditipu oleh Rob M (si kacak, tapi sahamnya turun lepas jadi tunang Amber).

Image hosted by Photobucket.com

(Kalau boleh undi sms, dah lama aku AFUNDI Papa Rock nih...)

American Idol (Season 4)
Bila Bo Bice, si rocker underdog, ditewaskan oleh Carrie si airhead dr Oklahoma tuh.

Average Joe Hawaii
Bila Larissa memilih rupa, bukan hati dan perasaan. Tapi aku tatau le si Brian tu benar2 jujur ataupun sesaja jek buat2 romantik demi mendapatkan Larissa. Dan saat paling best apabila Larissa di dump oleh jejaka pilihannya, Gil sebab dia mengaku pernah jadi awek Fabio (of all people!) hmm entahlah. Tak tau betul ke tidak…

The Apprentice (Season 3)
Bila Danny dipecat. Aku rasa Trump mmg tak mahu anak buahnya bersut polyester dan bermain gitar.

Malaysian Idol (Season 2)
Waaa, bila Adam tersingkir (dan Malaysia memilih budak iras2 Kal Penn tu dan sorang lagi Kelly Clarkson wannabe). Sigh…mcm juri2 MI, aku juga terperanjat beruk. Just hope diorg akan buat sikit twist dan memilih Adam masuk kembali. Walaupun ada sedikit lembut, he’s waaayyyy better than Saiful dari musin pertama. Waaaayyy better…

Sori, aku takde Astro, dan tak demam AF, walaupun kat mana2 pun aku terdgr2 nama Mawi…

Apa pulak korang punya favorit?

Labels:

 
Thursday, July 07, 2005
  A Scene For Sore Heart
Pagi tadi semasa menyalinkan drypers Ikmal
Sebelum menghantarnya ke rumah MIL
(dia yg sedang terkulat2 tersedar dari tidur yg lena)
Aku sempat mengagahnya,

“Don’t rush me,
I don’t rush you”
Ayat dari filem Garden State
Siap dgn gaya muka stim Peter Sarsgaard
Dia terbangun tiba2
Dan mengelekek ketawa
Aku buat lagi dua tiga kali
Dia masih ketawa
Aaahh..what a wonderful sound for sore ears…
And a sight for sore eyes…

Labels: ,

 
  "A Good Soldier Never Leaves A Man Behind"
Aku ada misi penting semalam
iaitu mencari figura askar plastik hijau
(dalam pelbagai pose, macam Tugu Negara lagaknya)
Sebab aku dah berjanji dgn Ikmal
Yang aku akan belikan dia benda tu,
jika dia habiskan nasi dan sup ayamnya.
Askar? Peperangan ?
Oh, no, aku bukan pencinta kemusnahan
(Aku mahukan kedamaian di bumi)
Cuma, kami sedikit teruja dgn mainan dlm filem Toy Story

Image hosted by Photobucket.com
(Yang dicari-cari dah ditemui)

Lunch hour, jenuh aku berjalan
Mula2 ke Toy City di Jalan Bukit Bintang ni
Lengchai tu kata “Dah tak jual la kak”
Sedih, tapi aku melekat jap kat kedai tu
Dek model2 keretanya yang mengancam (dan mahal!)
(meleleh air liur aku…)
Pastuh, aku ke Kiosk, 7 Eleven, Parkson
Semuanya kata,
“Tu mainan lama la kak, kita takde jual lagi”
Malah ada yg cuba memberi harapan..
“Hari tu ada, kak, la ni dah habis agaknya”

Aisey, camner ni?

Last2, mlm tu, setelah keluar masuk 2-3 buah kedai, aku jumpa juga akhirnya,

Di sebuah pasaraya di Pandan Indah ni,
Satu batalion aku beli.

Alhamdulillah, tercapai juga misi aku.

 
  Rimau Dari Hutan (Batu) Seratus Ekar
Hari nih, aku makan McDonald’s Happy Meal utk lunch
(dengan harapan dapat membuat aku Happy, at least sampai ptg ni)
Berikut perbualan aku dgn adik di kaunter McD:-

Aku : Dik, toy minggu ni apa?
Adik : Tiger, kak.
Aku : Oh, Tigger yek (sambil membelek toy yg masih dlm bungkusannya)
Adik : Ha’ah, toy yg nombor ‘tiga’ tu…’Tiger’
Aku : Tigger’ dik, nama dia ‘Tigger’
Adik : (Tgk aku mcm org tak reti ckp org putih sambil membungkuskan Milo Ais)

Image hosted by Photobucket.com
(Sebut betul2 – TIG-GER)

Hmm, jgn salahkan aku.
Salahkan A.A. Milne
Sapa suruh dia bagi nama Tigger kat rimau tu…
 
Monday, July 04, 2005
  Tell Me Why I Don't Like Mondays...
Aduhh..
Isnin yang sangat gloomy
Penat, ngantuk dan tersengguk-sengguk
Semuanya bermula pada hari Jumaat
Aku mengambil cuti sehari
Kerana BIL mengadakan kenduri
Haha, ringankan tulang menolong MIL memasak
Lauk pauk tambahan yg enak2
Sambal tumis udang dan petai
Dan sayur/ sambal goreng stail jawa
(juga dgn udang dan petai)
haha, hari Sabtu, suku Bandar Tun Hussin Onn berbau petai !!
(Sapa kata tukang masak kerjanya enteng?)
Kemudian menolong lagi di rumah BIL
Nasib baik aku ni jenis yg aktif dan ligat
Buat kerja ke sana sini, semuanya cepat.

Pastuh, Sabtu dan Ahad
Ada wedding, marhaban dan doa selamat
Bukan attendee, tapi crew belakang rumah (bukan belakang tabir..)
Masak rendang sekawah, yg original la.. bukan pakai perencah (hehe)
Pastuh, basuh telur, rebus telur, susun telur, isi telur kat bunga telur
Sampai tidur pun mimpikan telur…

Image hosted by Photobucket.com

(Ikmal di pelamin. Org makan nasi minyak, dia makan nugget..)

On the wedding day, aku AJK penanggah
Juga merangkap AJK buah,
Survey yg mana kurang, yg mana takde kuah.

Macam biasa, rumah aku jadi port karaoke,
Nasib baik kali ni, sound sistemnya ok,
Pilihan lagunya pun okay, berbanding dulu,
Asyik2 rock melayu yg mendayu-dayu,
(Ye la, takkan org nak pasang Metallica atau Linkin Park pulak, kan?)
Pukul 4 ptg, kami surrender,
Ikmal dan abahnya flat, tertidor sampai petang,
Aku? Hehe, layan DVD le bang…

Petang tu, MIL singgah
Memberi lauk dari satu lagi majlis nikah
Dengan rendang tok dan ayam goreng berempah! (yum!)
Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah
Eloklah berkongsi dgn jiran2 sebelah…

PS: Aku rasa lagi seronok kalau lebih ramai org2 muda join benda2 camni. It’s a good practice, lebih2 lagi di bandar besar cam KL ni…

Labels:

 
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites