:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Wednesday, June 22, 2005
  Dunia Tanpa Emosi Dan Perasaan ?
Equilibrium (2002)

John Preston : What's the point of your existence?
Mary : To feel. 'Cause you've never done it, you can never know it. But it's as vital as breath. And without it, without love, without anger, without sorrow, breath is just a clock... ticking.

Dalam kulit kacang : Dalam dunia futuristik, satu rejim yg kejam telah membuat satu undang2 gila dan absurd, iaitu hapuskan segala bentuk emosi, nescaya, tiada lagi peperangan. Maka, segala jenis mak bapak buku, muzik dan karya seni adalah diharamkan. Manusia dipaksa mengambil sejenis dadah bernama Prozium (Prozac + Valium?) untuk mengelakkan diri drp mempunyai ‘perasaan’, yg mana merupakan satu kesalahan jenayah yg boleh membawa hukuman mati. Bale memegang watak John Preston, seorang ajen kerajaan pangkat tertinggi yang bertanggungjawab memusnahkan sesiapa sahaja yg melanggar perintah tersebut. Namun, pada satu hari, beliau secara tak sengaja terlupa mengambil ubat tersebut, lantas, segala perasaan yg dulu tiada, muncul kembali…

Image hosted by Photobucket.com
(Apalah makna hidup tanpa kasih sayang...)

Pergh! Walaupun org kata filem ni tiru Matrix (walaupun tak boleh melawan kutipan box-office-nya), tapi aku tabik kat Kurt Wimmer, pengarahnya. Penuh aksi dan emosi from start to finish. Preston mmg terror berlawan, dengan teknik gun kata-nya. Tapi yg kelakarnya, aku terjumpa satu thread di imdb.com ttg siapa yg boleh mengalahkan John Preston dalam satu pertarungan, fuh, mcm2 ada.. antaranya:-

Blade – Tapi bila efek serum dah kurang, lembik jugak..terpaksa mintak tlg kat Whistler.
Richard B Riddick – Kalau dalam gelap, mungkin Riddick boleh menang.
Luke/ Anakin Skywalker – Boleh baca fikiran org…tapi aku rasa Mace Windu lebih sesuai.
Boonting dr filem Ong Bak – Haha, Muay thai-nya mmg terror tapi bolehkah dia menangkis serangan peluru?
Neo dr Matrix – Kat dalam Matrix, kau terror la. Cuba kat alam nyata…
Zatoichi – Mungkin, kalau cuma gunakan pedang jek..
Dan mcm2 lagi la aku jumpa – Fellowship of the Ring la, Batman la, Gordon Freeman la. Kreatip jugak diorg ni... Tapi pada aku, yg boleh lawan John Preston ni, adalah John Preston juga. Ala.. bayangkan mcm Agent Smith tu la..


Scene kegemaran aku : Sewaktu hujan panas, dan Preston terjaga dr tidur, lantas mengoyakkan lapisan yg menutupi tingkapnya. Sambil 'menikmati' keindahan sesuatu perkara yg kita anggap biasa.. indah sungguh babak tu.

Nak tau lebih lanjut, gi la sini :
http://www.freewebs.com/equilibrium-movie/
Website-nya best!

Labels:

 
Comments:
membaca blog ko membuatkan aku rasa seperti dalam panggung wayang internasional yang ke arah dunia hollywood.mungkin ko boleh kembangkan lagik ke arah yang lebih global?.

sekarang aku dah ada sumber utk nilai filem mana yang aku akan beli secara pukal DVD!.

keep on going mama ikmal!
 
yup yup yup, filem underrated yg baik, sama genre dengan Logan's Run. Aku suka scene dlm gelap dan Bale pun 'swing-sung-swing' waktu tembakan berlaku...fuhh, kalah Blade.
 
Alamak, tima kasih banyak la Ayob. Tak bagus mana pun ulasan aku tu. Kekdg juga agak shallow jika nak dibandingkan dgn blog2 lain (hey, itu stail aku!).

Tapi kalau kau nak yg lebih global dan komprehensif, aku cadangkan kau melawat ke blog peminat2 filem yg lain, iaitu tontonfilem oleh Fadz dan Skrin oleh Spiral (aku dah lama link-kan kat sidebar tu.) Do make urself known among them, they'll love it.

Selamat menonton. Jgn lupa solat, puasa dan ngaji, heheh...(reminder utk aku sekali...)
 
Laaaa.. Fadz, ko pun dok bertenggek kat sini!

Bila baca orang ulas filem-filem 'fantasi' ni, macam terasa best pula. Terjentik hati nak tengok. Cuma takut kisah lama berulang balik. Tertidur dalam panggung!

Filem jenis fantasi terakhir yang saya tengok adalah 'Lord of The Ring' yang pertama. Yang keluar Dec 2001 tu ler. Kawan mat salleh saya tu bukan main merayu/meracun/menggoda/memujuk (segala macam) semata-mata nak heret saya ke panggung. Katanya filem yang sangat bagus. Saya tengok 20 minit yang pertama. Pas tu, yang selebihnya tidur...

Kalau jiwang-jiwang macam Titanic tu.. boleh la jegil mata sampai tamat. In fact, ada cita-cita pun nak tengok yang unedited version - katanya sampai 5 atau 8 jam? Ye ker? Mana nak carik yer? (kut-kut boleh tengok adegan yang lebih panjang bagi scene yang 'dot-dot-dot' tu.. he he he he).

Tapi saya rasa kan, Titanic adalah filem paling durjana dan murahan pernah dinobat sebagai filem terbaik. Saya personally memang suka filem ni, tapi untuk menang oskar???? Come on la. Apa unsur manusiawinya? Mungkinlah ia kuat dari segi kualiti teknikal dan artistik - but it cdertainly lacks of human touch. Kemenangan besar Lord of The Ring (siri ke-3) pun saya cukup tak puas hati dan menyampah. Tapi tak boleh nak komen lebih-lebih sebab saya tak tengok filem ni. Kang lebih sudu dari kuah pula.

Alamak.. keluar tajuklah pula!!!
 
Rem, terasa cam bohsia pulak blog aku ni, kau kata org bertenggek kat sini.. hehe :-)

Titanic, hmm, sampai sekrg pun aku belum tgk lagi. Rasanya sbb belum sampai seru kot. Kenapa? Tak percaya ke?

Sorry to say la Rem, aku tgk LOTR : ROTK dua kali di pawagam, dan aku org pertama yg bersorak kegembiraan bila tgk Peter Jackson dan konco2nya merangkul 11 awards kat Oscars (betul ke, Fadz, aku tak ingat la). One of the greatest films I've seen (dan sampai sekarang pun aku masih tonton lagi kat CD bila TV takde benda yg best).

ala.. cam aku ckp la Rem, bukan senang nak convert org ni...u either love it or loathe it...
 
emmm... malam tadi tengok batman begin... err not worth RM11 ...Rm6 je.. patutnya.. datang jauh bawak anak bini dan adik2 dari Slim River ke Mid Valley... emm dapat semangat dari ko punya entry la niii... kalau tak mana sanggup... 4 pagi tadi baru sampai umah.. tak berbaloi betul...

...story dia ok... ambik dari komik Frank Miller Batman year one... namanyakan Gotham City... tak gothic punn... tak de darknya knight kita tuuu... cuma ada zap.. thum.. pow... booom je.. tak de wow factor... fight scene dia mengecewakan... kalau ikut komik... time dia kena kepung ngan SWAT tu... patutnya paling best... dia take down one by one ...sampai dia kena corner ngan heli baru dia panggil kelawar... ish..

...well apa pun Bale is the Best Batman takat ni... selepas Keaton... tapi Tim Burton still... the king...
 
Amboi, jauhnya dtg nak tgk wayang!
btw, oon, aku cadangkan kau baca juga review BB dr Fadz, vovin atau fairul nizam (yg so far aku dah jumpa blognya) utk mendapatkan opinion lain ttg BB.

Gotham tak Gothic? Well, aku pernah terbaca yg Chris Nolan cuba utk meletakkan Batman di suatu dunia yg lebih REAL, iaitu, satu tempat yg mana penonton boleh relate. Tapi, kalau kau berhajat utk ke dunia yg lebih gothic, aku cadangkan kau tonton The Crow, Dark City atau Sin City.

Fight scene yg mengecewakan? ala.. biasa jek. Kelakarnya bila Bruce Wayne ckp cina - 'Aku bukan penjenayah', dekat nak separuh panggung tergelak, termasuk aku sekali. Dan aku pernah come across satu viewer ni, dia kata fight scene JACK BLACK lagi exciting drp Batman. hmm, lain org lain pendapat...
 
...emm ni la masalahnya... bila kat big screen orang suka ubah2.. ish... to yang buat banyak comic tak menjadi kat big screen... Batman ok dari segi narrativenya... teknik fotografinya... falsafahnya... cuma saya rasa ia patutnya boleh jadi lebih baik kalau nolan mengekalkan kegothickan Batman tu... Batman tinggal kat Gotham City bukan kat Chicago...

emm mana nak dapat DVD Dick Tracy??

"It's not who I am underneath...but what I do...that defines me"

...emm dah tengok empire of the son?
 
tak kisah la, oon, janji hero di hensem gile...

aku lum tgk lagi Empire of the Sun tu.

oon, kau kat mana? Slim River ke? Kat tempat aku ni (BB Plaza/ Sg Wang/Lot 10), DVD melambak (tapi tak tau sampai bila la..). Rasanya ada DVD Dick Tracy kalau rajin survey dr satu kedai ke satu kedai.
 
Kau pernah baca Year One kan? Aku rasa Gotham dalam komik takdelah gothic gila macam dalam filem Tim Burton. Mmg ada patung gargoyles here and there, tapi aku rasa memang common tu dekat bandar-bandar America lain. Anyway, Batman punya first appearance dalam BB lebih kurang sama apa, dia take down Falcone's thugs one by one. Oh ya, aku baru tengok Batman Returns balik, damn, it doesn't age well at all. Kadang-kadang macam Schumacher punya Batman, cuma ditambah dengan elemen gothic.
 
Satu lagi, sesiapa yang kata Equilibrium ni rip-off Matrix, is an idiot. Aku tak ingat pon Neo guna gun-kata.
 
eh, empire of the sun aku ada. cari kat rumah. cuba tanya ija kat mana that stash of dvd

empire of the sun, as a war flick, is pretty ok. tapi my all time favorite would be the pianist

the other day aku tonton dr strangelove: or how i learned to stop worrying and love the bomb... panjang daa tajuk dia. its a 1964 kubrick's. humorous political satire depicting the cold war. amat menghiburkan!

azraai
 
Yup, mcm aku kata, si Neo tu, dalam Matrix terrer la, cuba cabut plag kat kepala dia tu. Hampeh.

Onn, patut la aku cam perasan jek ada DVD tu kat rumah. Ntah bila aku nak balik Muar. Dulu, aku tak nak ambik semua sekali sbb takut ayah nak tgk (masa kau bagi ayah DVD player kau tu). Aku cuma takut si Lili jual kat kengkawan dia jek... heheh (sbb citer2 collection kau tu suma best2)

VCD Dr Strangelove dah ada kat umah, aku pinjam dr Nenizam, tapi tak brapa clear la (biasa la...,nama pun VCD, subtitles pun takde. Aku nak dgr ayat2 power dia). Nanti la, Insya Allah aku tgk, dan tulis kat sini.

Aku tak brapa minat filem2 war. Aku kan peace lover. Make love, not war, man! N'way, tgh cari The Wild Bunch. Kata org filem ni gore gila babi. Nak tgk camne tahap ke'gore'an-nya.
 
...waa tak leh jadi nii... kena tengok Batman Begin lagi sekali nii... ari tu duduk depan sangat kuutt... tu dapat tumpukan tuuu...

...emmm ye lah... nanti kalau pegi Low Yat saya singah la kejap Sg. Wang carik Dick Tracy ngan Equilibrium ...

ye.. ke bukan ke dalam revolution... Neo unplug... suka matrix yg. first je...
 
oon, sama la. Aku pun suka Matrix yg pertama jek. Aku maksudkan Neo unplugged ialah bila dia tak kat dlm matrix la (dia kat dunia nyata). Seingat aku, masa part one tu, dia dah di unplug (sekejap gamaknya).

Onn, adikku di Queensland. Apa kabar? fyi, izani dah bagi aku satu stack dvd tu, termasuk Empire of the Sun n Equilibrium ! Alamak, kau punya suma DVD 9 la... ada Finding Equilibrium (TMO), aku beli DVD 5, hampeh, trailer pun gambar chokia. Y Tu Mama mana? Kena balik rumah cari la...
 
haaa prasan tak dominic purcell (linc dlm PB tue) time scene awal2? terkene plak maser memula pick up equilibrium nih maser br nk tgh layan PB
 
Perasan lepaih tengok kali ke-5. Encik Bale sangat kacak! (Itu pun sebab tau DP berlakon dalam PB)
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites