:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Wednesday, June 15, 2005
  Dunia Dari Perspektif Wes Anderson
Wes Anderson merupakan salah seorang film-maker kegemaran aku (juga kegemaran Martin Scorcese !), walaupun baru come out dengan 4 filem sejak filem pendek pertamanya iaitu BottleRocket pada tahun 1996. Mungkin tak ramai yang meminati stail beliau, tapi aku gemar stailnya yang sukakan details, selain filem2 yang begitu bersahaja (mostly dark comedies). Walau berapa kali aku tonton filem2nya, pasti aku akan bertemu sesuatu yang baru, sama ada dari segi dialog, set atau pada karakter2-nya. With the exception of Rushmore (yang belum aku tonton lagi), aku rasa macam ada satu persamaan antara filem2 beliau yang aku dah tonton, iaitu The Royal Tenenbaums (2001) dan Life Aquatic with Steve Zissou (2004), antaranya:-

Bertemakan kekeluargaan dan persahabatan
Image hosted by Photobucket.com


In a nutshell, TRT berkisar tentang Royal Tenenbaum, seorang bapa yang tidak bertanggungjawab ke atas isteri dan anak-anaknya yang genius sehinggalah pada suatu hari beliau ingin sekali menyatukan semula keluarganya. Setelah 20 tahun, mungkinkah beliau terlambat, memandangkan isterinya, Etheline bakal berkahwin lain, dan anak2 geniusnya, iaitu Chas, Richie dan Margot, semuanya berada dalam keadaan yang serba tak kena (Chas – yang kematian isteri dalam satu plane crash menjadi sangat2 protective ke atas dua anaknya- Ari dan Uzi, Richie – bekas pemain tennis handalan yang mengalami nervous breakdown dan kini hidup di atas kapal dan Margot, the depressed playwriter yg dah lama tak menulis.)

Image hosted by Photobucket.com

On the other hand, LAwSZ pula mengisahkan ttg pengembaraan Steve Zissou (Bill Murray) dalam mencari ikan jerung mistik (‘jaguar shark’) yg membunuh rakan baiknya, Esteban. Pengembaraan di atas kapal Belafonte (diambil dari angle yg sungguh kreatif) disertai oleh his long lost son, seorang jurnalis yg mengandung, beberapa intern yang tak dibayar, kru-kru kapalnya yg setia serta rival-nya dalam bidang akuatik, Hennessy.

Semangat Muhibbah versi Amerika ?
Selain line-up pelakon2 handalan, karakter2 dalam TRT dan LAwSZ terdiri drp pelbagai bangsa dan nasionaliti. Aku tak berapa perasan watak2 lain dlm TRT selain Pagoda dan watak Danny Glover yang memegang watak si akauntan, bakal suami Etheline yg iras2 mcm Kofi Annan, tapi dalam LAwSZ, ramainya! Kita ada Wolodorfsky, Klaus, Bobby Ogata serta intern2 yg kelakar, dan tak lupa lanun2 dr Filipina! Agak tak lojik, tapi itulah stail beliau.

Dunia penuh warna-warni
Lihat saja pakaian sukan merah Chas Tenenbaum dan anak-anaknya, serta uniform Team Zissou (warna biru muda, dengan tutup kepala merah). Beautiful.

Wanita-wanita Wes
Gloomy, moody dan agak stoned, itu yang boleh aku describe watak wanita KEDUA bagi filem2 ini. Untuk TRT, kita ada Margot Tenenbaum (Gwyneth Paltrow dalam attire Lacoste-wonderful!), bekas child prodigy yang kini menghabiskan masa menonton TV dalam tub mandi sambil merokok dan LAwSZ menampilkan Cate Blanchett sebagai Jane Winslett-Richardson, si jurnalis yang sedang mencari bapa anak yang dikandungnya. Persamaannya? Masing2 dicintai oleh Bill Murray (yang memegang watak Raleigh St Clare, suami Margot dan SteveZ). Lagi satu persamaan ? Haha, masing-masing ditiduri oleh Owen Wilson (yang memegang watak Eli Cash dalam TRT dan Ned Plimpton, anak SteveZ yang tak pernah berjumpa bapanya). Watak wanita utama? Pastinya Angelica Huston, pelakon yang sering memegang watak cool dan misterius (Morticia Addams!!).

Sentuhan muzik Mark Mothersbaugh
Muzik latar yang indah dan ‘haunting’, drp remake Hey Jude yang menjadi muzik latar TRT hinggalah ke piped-in music pada helmet aqua suit biru SteveZ, (sangat catchy!) memberikan setting kepada filem2 ni. Pada aku Mark Mothersbaugh telah memberi gambaran keseluruhan filem ini sepertimana Paul Westerberg memberi nafas kepada filem ‘Singles’. Brilliant.

Untuk TRT, aku bagi 8/10, sementara 7.5/10 untuk LAwSZ.

Labels:

 
Comments:
wahhh, sekarang baru aku tahu style sebanar yg kau suka zack, sedih dan gloomy dalam siang hari. hehe..yes, wes andreson adalah seorang sutradara amerika yg perlu diperhatikan, selepas peter bagnovich (hah, betul ke ejaan) dan robert altman yg mencipta amerikana yg sebenar dlm filem2 mereka (scorsese lebih mementingkan little itali sepertimana woddy allen mementingkan New York). aku dah tgk rushamore dna mmg ia pelik, sedih dan kelakar dlm satu masa. mmg is juga susah utk dikunyah kalau org tak suka gaya filemnya. selalaunya, watak2 dia, watak2 dysfunction yg hidup dalam keluarga dysfunction yg lakukan motivasi2 yg dysfunction. haha, mmg gila budak ni..
 
Yes, Fadz, tak semua org selesa dgn cara beliau. Aku suka watak2 ciptaan beliau yg idiosinkratik (selalunya ditulis bersama Owen Wilson, teman baiknya). Kau akan rasa menyampah, but at the same time rasa kasihan pada mereka. Aku rasa bagi Wes, tak payah hasilkan terlalu banyak filem2 mainstream kerana apa yg ada sekarang dah cukup menjadi masterpieces favorit aku.
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites