:-) / >8-[ + 3:-D + ~:o
Friday, June 17, 2005
  Abang Kelawar Yang Lawa
Why do we fall, sir?
So that we might better learn to pick ourselves up.
Alfred Pennyworth

Aktiviti biasa lunch hour hari Jumaat. Hari ni tak berapa sibuk. Deadline pun dah lepas, kerja tak berapa banyak. Jadi dengan selambanya aku menuju ke tempat biasa, dan terus mendapatkan tiket untuk seorang bagi filem Batman Begins.

*** AWAS BAHAYA SPOILER ***

Ahh.. dengan sentuhan Christopher Nolan (pengarah filem Memento), sememangnya aku berharap agar dapat menonton suatu kelainan berbanding filem2 Batman terdahulu, arahan Joel Schumaker dan Tim Burton. Batman – paling best setakat ini. Batman Returns – agak best, tapi still tak boleh lawan yang pertama. Batman Forever dan Batman & Robin – mungkin masa first time tonton aku akan kata BESTNYA!! (mcm biasa, Hey, aku masih mentah masa tu…), tapi beberapa tahun kemudian, aku bagi kedua-duanya two thumbs down. Crap to the bone.

Dengan filem ke lima ini, En Nolan, memberi gambaran bagaimana Bruce Wayne mula2 menjadi Batman. Bagaimana ibu dan bapanya dibunuh di depan matanya. Dan latihan2 yang dilalui di puncak gunung yg sejuk sehingga dapat bergantung kepada kebolehan sendiri, tanpa apa2 super power mcm X-Men, Fantastic Four atau Superman. Oh ya, juga diceritakan bagaimana terciptanya Bat Suit yg seksi tu (versi ni, tanpa nipple, prototaipnya amat berat – hah, scene yg kelakar!), pembinaan Bat Cave dan Bat Mobile versi pertama yg iras2 mcm kereta kebal.

Image hosted by Photobucket.com
(Abg kelawar yang kaya dan kacak)

Juga, terima kasih kepada Christian Bale, sekarang takhta Batman terbaik bagi aku yg dulunya disandang oleh Michael Keaton, kini bertukar tangan. Bale , sebagai Bruce Wayne, merupakan epitome terbaik bagi watak ini– seorang anak yang dihantui oleh kisah2 silam, yang memendam perasaan marah dan dendamnya – just like in the comic books. Lebih kepada seorang manusia, dan bukan seorang ikon yg kekartunan.

Tidak menjemukan. In fact, aku dah nak terkucil pada masa suku terakhir filem ni, tapi aku tak tergamak nak tinggalkan tempat duduk (Note to self – Jgn makan kacang, nanti terminum air banyak sangat). It’s full-blown action from start to finish. Tak banyak hanky pankies, mungkin juga aku aku sudah mesmerized dengan Bale-man. Aku tak nak reveal lebih2, kerana endingnya agak twisted, terutama berkenaan watak Ras Al Ghul (mentor atau musuh ketat Bruce Wayne?).

Image hosted by Photobucket.com
(Doktor jahat orang-orangan)


Aweks Batman kali ni? Katie Holmes. Aku rasa mcm kurang sesuai wataknya sebagai Rachel Dawes. Seperti juga Natalie Portman yg memegang watak stripper dalam Closer, aku rasa mereka nampak terlalu muda untuk watak2 matang (Rachel ialah seorang Asst. DA dalam BB). Nothing but eye-candy for the guys, maybe. Haha, for all the gals, you can salivate over the gorgeous Bale-man (shirt or no shirt on – both work wonders) dan juga Cillian Murphy (Hey, aku dah nampak ‘adikmu’ yang terlentok dalam 28 Days Later!!) yang memegang watak villain kedua dalam BB – Dr Jonathan Crane a.k.a Scarecrow. Ya, Gary Oldman pun ada juga, dan kali ni, beliau memegang watak surprise, surprise …polis baik!

Dengan bangganya aku bagi 10/10. Kemungkinan ‘demam’ Batman aku akan lebih lama dari demam Sith (tak sampai seminggu!).

Further watching this weekend : The Machinist (for Bale-man. Macam mana wataknya Trevor Reznik yg kurus kering berbanding buffed-up Bruce Wayne); Memento & Insomnia (arahan En. Nolan).

Labels:

 
Comments:
..emm tengok batman versi Joel ...saya nagis ...betullll... separuh citer saya belah... kalau jumpa Joel time tu ...rasa nak cekik2 jee... how can u do this to Batman??

tak sabar nak tengok Nolan punya versi... suka Memento! ...macam tengok vcr sambil tekan rewind button...
 
belum tonton bb tapi aku dah tonton machinist, memento and insomnia. semua best..

machinist with its twist

memento yg mengundur kebelakang (mmg best, do watch it) btw irreversible yg jugak mengundur tak payah tgk, nanti sakit akal

insomnia, robin williams jadi antagonist yg 1000x lagi best dari one hour photo

eh, ko dah ambik aku punya one plastic bag of dvd at rumah kan? the one with y tu mama tambien etc. kalau belum, ambik le

azraai
 
woiiiiiiii, tak aci!!!!!!!!!!!!!! wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..eh, scarecrow tu mcm muka aku lah, hahahah. aku ari ni gi tgk tokyo film festival kerana ajakan azwan..menyesal sebab tak dapat layan filem2 mainstream...ughhhhh
 
Wah,wah,wah, ramainya...;-) sorry, aku tak dpt reply on weekends, sbb takde PC kat rumah. If not, God knows, blog aku akan lebih panjaaaaang drp ni.

oon, nama cam adik2 aku,n'way, welkam to da house. ala.. mmg la, lain director, lain interpretasi. but to be honest, Chris Nolan telah memberikan apa yg peminat2 setia Batman mahukan (yg follow drp komik lagi). Justice is done.

Onn, alamak, kau ada satu plastik lagi DVD ke? Y Tu Mama pun ada ke? Gila kau tinggalkan benda2 tu kat rumah. Aisey, nanti aku balik Muar aku tanya mak la. Machinist - filem yg sangat2 azab utk ditonton. Otak aku dah pun rosak dek Irreversible, dan aku lum tgk lagi Insomnia (nasib baik kau bagi review ok, sbb aku malas sgt2 nak tgk filem2 yg ada Robin Williams. memento lum tgk, tapi dah pulang kat Wan. Nanti aku beli lah.

Wey Fadz, sorry aku tak tgk kau kat Shortcuts sbb takde Astro. So, kau maksudkan muka kau mcm Scarecrow yg bertopeng tu ke, mcm Dr Jonathan Crane yg jambu tu? hehe, kalau mcm Crane, mesti cun punya la...heheh ;-)
 
Agak ironi kerana BB didominasi pemain2 UK dan Ireland (Bale, Caine, Oldman, Neeson, Murphy, Wilkinson) walaupun dicipta oleh seorg dr Amerika. Juga ironi kerana inilah filem Batman terbaik bagi aku...
 
Aku amat puas hati dengan Batman Begins, kecuali babak-babak Scarecrow yang dipotong jadi pendek :(
 
Apa? Maksud kau Scarecrow ada air time yg tak ditunjuk dalam filem? S**t! Aku mesti dptkan DVD Director's Cut camni.

Huk ala. Buang jek scene si Katie Holmes tu. Tak relevan. *sigh* kalaulah semua director mcm Tarantino, alamat tak dapat la pelakon2 pompuan cari makan..
 
si scarecrow cam aku sebab nerdy dia, bukan sebab hensem dia, hehe
 
Crane nerdy meh?
Mungkin juga la.
Psycho kinda nerdy.
Sebenarnya kita semua pun nerdy in a special way...
 
Post a Comment



<< Home
RM0.02 on films, fandoms, breastfeeding and motherhood. Stealing, hotlinking or plagiarizing is so not cool, yo.

My Photo
Name:
Location: Kuala Lumpur, Malaysia

I'm a number cruncher, married and a mother to 2 handsome young boys ~ Ikmal & Nabil. Also a self-confessed movie freak, a walking dictionary of useless facts and I just love swapping postcards. I love loud music, black t-shirts, good books and hot caramel macchiato. I hate hypocrisy, the colour pink, rude people, busy-bodies and those with 'holier than thou' attitude. :) I blog 'coz I hate talking. In real life, I'm this quiet person, often immersed in my own virtual world of obsessions, work and whatnot. Comments, suggestions, brickbats (even virtual cupcakes!) are loved, as long as you use the proper channels a.k.a the comments thingy or my e-mail ~ zackzip [at] hotmail [dot] com.

Message from the Blog Owner
  • Zack@MySpace
  • Zack@LiveJournal
  • Zack@Friendster
  • tags

    Half Date ~ Approaching Jannah Half A Date At A Time.

    Snail Mail is Lurve!

    Useful Sites for Smart Moms

    Breastfeeding is L.O.V.E

    My Favourite Bloggers

    MILF!~ Man, I Love Films!

    Read And Be Well Read

    Thursday Thirteen - Every Thursdays, Duh!

    My 15 Mins of Fame

    Geek & Proud of It!

    Zack's Geek Code : -----BEGIN GEEK CODE BLOCK----- Version: 3.1 GO d-- s+:+ a C++ P! L- E-- W++ N o-- K---- w+ O--- M-- V-- PS PE- Y-- PGP-- t+ 5- X+ R* tv+ b+++ DI++ D- G e++ h---- r+++ x+++ ------END GEEK CODE BLOCK------ UnGeek Me Here Yo
    Bloggers' Rights at EFF
    All Malaysian Bloggers Project
    reader/(s) online
    hits since 190805 You Love Me. You Do!
    ARCHIVES
    March 2005 / April 2005 / May 2005 / June 2005 / July 2005 / August 2005 / September 2005 / October 2005 / November 2005 / December 2005 / January 2006 / February 2006 / March 2006 / April 2006 / May 2006 / June 2006 / July 2006 / August 2006 / September 2006 / October 2006 / November 2006 / December 2006 / January 2007 / February 2007 / March 2007 / April 2007 / May 2007 / June 2007 / July 2007 / August 2007 / September 2007 / October 2007 / December 2007 / February 2008 / March 2008 / April 2008 / May 2008 / June 2008 / July 2008 / August 2008 / September 2008 / October 2008 / November 2008 / January 2009 / February 2009 / June 2009 / July 2009 /


    Tima Kasih Abang Blogger

    Add to Technorati Favorites