Setelah kena penangan aura Aduh Saliha dan Seroja di VCD konsert Final AF, sekarang aku tau kenapa…
Pakcik sebelah rumah (which is an ardent-mosque-goer) perlu di umpil dari sofanya ketika jiran2 sibuk membuat persiapan kenduri kawin, hanya kerana tak nak miss diari AF hari ni…
Kakak Asst Mgr yg dah dekat separuh abad tu (dan anak bujangnya baru nak menjejakkan kaki ke IPT) berhenti jap kat kubikel aku dan bertanya “Awak tgk tak Konsert AF mlm tadi”, tapi terus berlalu sambil berkata “Ala.. akak lupa awak takde Astro” dan terus mencari ‘mangsa’ seterusnya utk berdiskusi ttg persembahan pelajar2 AF…
Jiran sebelah rumah memasukkan Astro, semata2 nak mengikuti perkembangan terbaru AF, walaupun pada zahirnya, duit tu lebih layak dimasukkan ke dalam tabungan anak2nya ke sekolah kelak…
Dua Senior Manager aku yg kamceng tu (dan kedua2nya wanita lewat 30-an yg dah punya tiga anak), kalau berbicara ttg Mawi… kalah budak2 remaja.. dah tu, sibuk burn CD lagu2 Mawi…
Yeah, hundreds of thousands of fans (and millions of SMS’s) can’t be wrong. And, yeah, the gondol Felda lad looked muuuuccch better on stage (rather than the pics in newspapers and mags).. and yeah, once he opened his mouth to sing… heaven.. it’s like the Nabi Yusuf – Zulaikha story. Nasib baik aku dah potong bawang (dan kisar cili siap2 petang tu…).
Kekdg aku rasa ada blessing juga aku takde Astro di rumah. Kerana, jika tidak, mungkin aku juga gila seperti mereka…
And yes, I would definitely buy his CD bila keluar nanti…
Tulah tu, sekarang ni macam cool pulak bila satu-satu org tu takde Astro. At least, secara tak langsung, dia taklah kena tempias si Mawi ni. Hemn!
ReplyDeleteYeah, man, akhirnya aku akur kepada aliran mainstream...
ReplyDeleteTapi, bab Mawi-mania je lah...
ahahaha..
ReplyDeleteutk suka mawi, adalah natural sebenarnya.. cause memang dia outstanding..
CD dia dah seminggu kat pasaran maaa..
p/s yg Anonymous komen pasal cassette sblm ni, ialah aku.. sori lupa letak nama.. :-)
www.mawifc.com
www.mawifc.net
Spyz, tima kasih for the links.
ReplyDeletebtw, cara kau cakap "utk suka mawi, adalah natural sebenarnya.. ", isy, mcm seorang bapak berpesan kpd anak lelakinya yg bakal berdepan ngan tok mudim atau tok kadi.. "nak.. mmg natural utk berasa takut"..hehehhhh ;-)
yes, i would definitely buy mawi's album, walaupun ada org ckp it's just a cut n paste materials from AF3.