Monday, July 06, 2009

Of Tooth Fairies and Weedy Shy Guys

Post tentang gigi (no, bukan grup Indon tu)

Aku baru aje balik dari dentist. Gigi aku, seperti juga perasaan aku ketika ini, sensitif gila. Aku tak perasan gigi tu sebenarnya dah berlubang, sehinggalah doktor tu bagitau aku. (Man, selalu betul ada kisah gigi aku kat sini kan? Mesti korang ingat aku ada masalah haijin or something.). The point is, kita selalu aje mengabaikan sesuatu tu sehinggalah secara tiba2, kita dikejutkan dengan sesuatu yang tidak disangka2. Dua malam berturut2 aku takleh nak tidur sebab sakit gigi. Memang pun. Macam sebahagian besar rakyat Malaysia ni, nak tunggu sakit baru terhegeh2 nak berjumpa doktor gigi.

Image Hosted by ImageShack.us


Setiap kali itu juga aku akan ‘memborong’ produk kesihatan gigi sebab semangat berkobar2 tak mahu end up menjadi ‘the toothless wonder’ sebelum mencecah usia 40 tahun (Insya Allah, kalau panjang umur…). Dan setiap kali jugak aku cuba mengingat kembali hey! mana pergi dental floss/ mouthwash yang aku beli from the last visit?? Mentang2 la boleh claim… teruk betul la aku nih. And I really, really need to lay off those sugary stuffs. Gila tak, hari tu aku makan 3 donat Krispy Kreme dalam sekali hadap. *geleng kepala*

Aizat & Seth Rogen (the biggest losers!)

“Ko patut tengok dia masa AF dulu, masa nyanyi peluh menitik2 kat dahi. Pastuh bila dia menari, bergoyang semua lemak2..” ~ adik aku, bila aku bagitau yang aku sukakan Aizat.

Aku dapat berbagai reaksi drpd kengkawan bila aku mention yang aku sukakan Aizat, tapi aku rasa respon adik aku (hands down), ialah yang paling, uhm, kurang asam gelugor. Kebanyakan member kata dia adalah seorang yang sombong & berlagak, but then, I’m kinda grateful sebab takde Astro, kalau tak, berbakul dosa aku ngutuk dia dan peserta2 AF yg lain.

Gambar Aizat di tengah CD sleeve ni diambil kat depan ofis aku


Untuk Hari Ibu tahun ni, aku hadiahkan diri sendiri album pertama Aizat bertajuk, er Percubaan Pertama. Malas ah aku nak download secara haram, sebab setiap kali juga aku dapat lagu Hanya Kau Yang Mampu versi radio rosak. Tak best. Sekarang ni memang aku dengar dalam kereta, tapi setiap kali juga aku rasa nak menangis sebab, well, sedihnya lagu Hanya Kau Yang Mampu tu, oh boo… I’m really looking forward to his new album. Dengar khabar ia tak se-emo album pertama. Harap2 begitu le ye. Kau Aku, for instance, memang best, yang mana aku gagahkan diri menonton siri Merah Putih kat TV9 semata2 sebab nak tunggu lagu ni walaupun jalan ceritanya merepek nak mampus.

And seriously, there’s nothing wrong about being a little chubby. And honestly, I like my men to be a little on uhm, the meatier side, like these guys over here, jewfro and all. FYI, aku jatuh chenta sama Seth Rogen melalui Zack & Miri Make A Porno. Dan lepas tu baru aku tengok Superbad, walaupun DVD tu dah berkurun dalam simpanan aku.

My current favourite funny men – Seth Rogen and mini Seth, Jonah Hill.


(Ed: Psst, Zack, Seth Rogen dah slim down untuk filem The Green Hornet la). What? Damn…

Image from accidentalsexiness.com – well said, well said.


Oh hell yeah, he looked really good! Save some for me, yum yum yum!

10 comments:

  1. my hubby is chubby
    chubby people looks a lot more friendlier kan?

    but i insist on six pack..

    ash

    ReplyDelete
  2. Ugh, I prefer love handles to six pack. But on certain people ajelah, hehe... ;)

    ReplyDelete
  3. "Kebanyakan member kata dia adalah seorang yang sombong & berlagak..."

    Not really. Aku pernah jumpa dia (dan bercakap kejap) masa majlis berbuka puasa RIM tahun lepas, and I have to say, being a mama's boy and fat all his life, ada sikit insecurities dalam diri dia yg people mistaken for arrogance. All and all, he's a nice kid, tapi a lil' annoying nonetheless (dia pun fucking eager to please mmg something to be astounded).

    ReplyDelete
  4. "being a mama's boy and fat all his life, ada sikit insecurities dalam diri dia yg people mistaken for arrogance. All and all, he's a nice kid, tapi a lil' annoying nonetheless (dia pun fucking eager to please mmg something to be astounded)."

    Uh, lebih kurang mcm kau eh dude?

    ReplyDelete
  5. cite zack & miri tu lawak gile. hehe. anyway, aizat tu cousin member aku satu bilik kat hostel dulu. mcm2 la jugak aku diberitahu psl aizat tu dan obsesinya pada fitness skang nih..hehe.

    ReplyDelete
  6. "Uh, lebih kurang mcm kau eh dude?"

    Not funny, Zack. Serious, I'm not laughing AT ALL.

    ReplyDelete
  7. Nadia: Dekat nak semua org yg aku kenal, mesti cakap diorang kenal aizat atau sedara mara atau abang dia atau kakak dia, hehe...

    NM: I'm not laughing too dude.

    ReplyDelete
  8. I don't mind a tiny bit of surplus but not oo much.

    ReplyDelete
  9. Top Trends Bay is a professional site for top trends, sports, news, and engaging information. We will only give you engaging material that you will enjoy.

    ReplyDelete